Untuk makluman anda, PTPTN sentiasa berusaha membantu peminjam, antaranya ialah PTPTN turut menambah baik sistem peringatan awal kepada peminjam untuk mengurangkan hutang tertunggak dengan pelaksanaan notis yang lebih mesra dan humanising bagi mendekatkan PTPTN dengan peminjam.

Jadi, anda jangan risau, anda boleh berunding untuk membuat penstrukturan semula pinjaman supaya bayaran bulanan dapat dikurangkan mengikut kemampuan.

Inisiatif #PTPTNSediaBantu juga telah diperkenalkan bagi memudahkan peminjam berurusan dan menyebar luas pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat serta membantu peminjam untuk memahami dan menggunakan saluran perhubungan PTPTN yang ada dengan berkesan.

Jadi sebarang persoalan yang membelenggu fikiran anda mengenai bayaran balik pinjaman, boleh terus berhubung dengan barisan pegawai PTPTN yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran yang telah disediakan.

Disamping buat bayaran balik, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah.

PTPTN memperkenalkan pelbagai saluran bayaran baharu untuk membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman dengan pelaksanaan kempen menarik yang memberikan manfaat kepada peminjam seperti kerjasama strategik bersama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay melalui kempen Click, Pay & Earn is Back!.

PTPTN telah melaksanakan pelbagai pendekatan mesra pelanggan untuk membantu dan memudahkan urusan peminjam bagi membuat bayaran balik pinjaman mereka. Melalui pembentangan Bajet 2022, Kerajaan telah bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *