Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, Selangor semalam

Image via Ihsan Pembaca/Berita Harian

Menurut laporan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, ibu mangsa yang juga seorang ibu tunggal dikatakan tiada di rumah kerana keluar atas satu urusan dan mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki yang berusia empat tahun bersama ibu saudara berusia 36 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil di tepi tingkap.

“Ketika kejadian, mangsa dalam jagaan ibu saudaranya. Kita percaya mangsa terjatuh daripada tingkap kediaman mereka.

“Siasatan mendapati tingkap berkenaan tidak dipasang jeriji, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis daerah Gombak,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal.
Image via Polis Selangor (Facebook)

Kejadian itu juga adalah yang kedua berlaku membabitkan kanak-kanak jatuh dari kondominium di Lembah Klang, dalam tempoh dua hari berturut-turut

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001, kerana ada kaitan dengan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh.

Kejadian dilaporkan kepada pihak polis pada jam 2.41 petang selepas mayat mangsa ditemui seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor di tingkat lapan kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dipetik sebagai berkata ketika kejadian, bapa mangsa yang berusia 35 tahun keluar untuk membeli barang dan mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan dalam keadaan pintu rumah berkunci.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kondominium di Batu Caves, Gombak.
Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *