Menerusi video yang dimuat naik oleh @erniealwin, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang baring sambil menangis kerana sakit baru lepas bersunat.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila adik perempuannya turut menangis seolah-olah tidak sanggup melihat abangnya kesakitan sambil mengelap air mata si abang.

Bak kata ibunya, cubit peha kanan peha kiri pun terasa sekali. Ternyata, adik-beradik itu memang rapat dan sifat kasih sayang jelas terlihat apabila kanak-kanak perempuan itu dilihat tidak mahu berganjak daripada menjaga abang kesayangannya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.